HIV/ AIDS




HIV bermaksud Human Immunodeficiency Virus. HIV merupakan retrovirus. Retrovirus merupakan golongan virus yang terdiri daripada satu benang tunggal RNA. Selepas menjangkiti sel-sel yang normal,virus ini akan membentuk replika DNA dari RNA-nya supaya ia akan menjadi komponen sel-sel tersebut. Seseorang yang HIV positif, tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala juga boleh menjangkiti orang lain. Individu yang HIV positif juga digelar sebagai Pembawa HIV. Pembawa HIV dapat menjalankan kegiatan harian seperti orang biasa dan mereka nampak sihat seperti orang biasa bagi tempoh 5 hingga 10 tahun.

HIV (Virus Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit) merupakan virus yang memusnahkan sistem imunisasi badan menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser. AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit Akut yang Teruk) merupakan peringkat meruncing yang mana pesakit yang dijangkiti HIV mula menunjukkan jangkitan yang khusus atau sel-sel pertahanan badan turun sehingga 200/µl.


AIDS bermaksud acquired immunodeficiency syndrome. AIDS bukan sejenis penyakit, secara lebih mendalam AIDS merupakan satu peringkat dan juga merupakan peringkat terakhir bagi seseorang yang telah dijangkiti oleh virus HIV. Dalam peringkat ini, sistem pertahanan tubuh pesakit akan diserang dan dimusnahkan oleh virus HIV. Akibatnya segala virus, bakteria dan mikro organisme lain akan mudah menjangkiti pesakit tersebut. Akhirnya pesakit akan mati akibat tubuhnya tidak dapat mempertahankan diri sendiri daripada ancaman mikro organisma. Sebagai info tambahan, biasanya seseorang pesakit AIDS mati disebabkan penyakit biasa seperti demam.

No comments:

Post a Comment