Sunday, August 31, 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-57


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-57 kepada seluruh warga Malaysia dan warga SK Batu Belah, Klang khususnya dengan tema pada tahun ini MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Selamat bercuti kepada semua!! =)

Tuesday, August 26, 2014

Jenis-jenis Dadah

Heroin                    
Definasi 
Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin. 
Jenis/Bentuk
Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4 , Brown Heroin , Heroin Black Tar
Nama lain
Big H , Dope , Smack , TNT
Cara Penggunaan
Menguntik , Menghidu
Ciri-ciri penagih
Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul


Morfin                     
Definasi
Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.
Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda ‘999′ . Mengandungi 70% - 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60% - 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi .
Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat.
Jenis/Bentuk
Morfin Mentah , Bes Morfin , Pil Morfin
Nama lain
M.Tab , White Sulfat , Monkey , Dreamer , Morphan
Cara Penggunaan
Menyuntik , menelan
Ciri-ciri penagih
Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak jelas , sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas


Candu                            
Definasi
Dihasilkan daripada buah popi muda .
Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah .
Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat . Berwarna coklat hitam .Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap .
Jenis /Bentuk
Candu mentah , candu masak , tahi candu
Nama lain
Shollboy , Black Stuff , Opium , Mandat , Pen Yeh , “O” , Tar
Cara penggunaan
Menyuntik , menelan
Ciri-ciri penagih
Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit , hilang selera makan , sunggul


Ganja                       
Definasi
Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp . Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan .
Jenis/Bentuk
Seperti daun kering dan dimampat
Nama lain
Grass , pot , Marijuana , weed
Cara penggunaan
menghisap
Ciri-ciri penagih
Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan , yuforia dan sunggul


Syabu             
Definasi
Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan , syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal , diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit .
Jenis/Bentuk
Kaca/kristal , pecah , serbuk halus spt tawas
Nama lain
Ice
Cara penggunaan
Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu
Ciri-ciri penagih
Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan


Ecstacy/MDMA     
Definasi
Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine . Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah psychoactive .
Jenis/Bentuk
Pil dengan pelbagai warna dan simbol
Nama lain
Pil Khayal , Pil goyang kepala , YAMA , YABA
Cara penggunaan
Menelan , campur dan minuman
Ciri-ciri penagih
Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang selera makan , mudah marah & resah , halusinasi , cemas dan takut, mulut kering , tidak boleh tidur


Ketamin            
Definasi
Sejenis ubat bius untuk haiwan . Kebelakangan ini , ketamin semakin lazim digunakan di temasya tari-menari atau raves .
Jenis/Bentuk
Serbuk putih , kristal , cecair , pil
Nama lain
“K” , Special K , Vitamin K , Kit Kat
Cara penggunaan
Dihisap melalui hidung , campur dalam minuman
Ciri-ciri penagih
Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria pendengaran , sentuhan , bau , rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri , boleh bertindak ganas , hilang keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah


Monday, August 11, 2014

Baiti Jannati

Tarikh : 9 Ogos 2014
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Kejora SK Batu Belah
Penceramah : Ustaz Harryanto Rizal Rokman

Ceramah Motivasi Keibu Bapaan 2014 ini bertajuk Baiti Jannati. Ia merupakan anjuran PIBG SK Batu Belah dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Batu Belah. Golongan sasaran adalah semua ibu bapa murid asnaf, fakir miskin Tahun 4, 5 dan 6 dan semua ibu bapa murid Tahun 4, 5 dan 6 secara amnya. 




Wednesday, August 6, 2014

Pertandingan & Hasil Kerja Murid

Gambar-gambar sewaktu pertandingan yang dijalankan sepanjang Minggu Anti Dadah dan hasil kerja murid. Nampaknya semua bersungguh-sungguh hendak menang hadiah ;)








Tuesday, August 5, 2014

Mesej 5 Minit Jauhi Dadah

Mesej Jauhi Dadah ini merupakan inovasi daripada Program Cuma 5 Minit Antidadah. Program ini bertujuan menyampaikan maklumat PPDa kepada warga sekolah. Program yang menggunakan pendekatan kokurikulum ini bertujuan menyampaikan maklumat PPDa.

Rasional
Kurikulum yang mudah dan ringkas wajar digunakan dalam penyebaran maklumat PPDa di sekolah. Satu set bahan bahan maklumat yang jelas perlu disediakan untuk memudahkan personalia menyampaikan mesej antidadah.

Objektif
  • Memberi maklumat PPDa kepada warga sekolah.
  •  Memberikan kesedaran bahaya dadah kepada warga sekolah ke arah gaya hidup cemerlang.
  • Meningkatkan kemahiran menyampaikan maklumat PPDa kepada warga sekolah.

Kaedah Perlaksanaan
  • Menyampaikan mesej Jauhi Dadah melalui ceramah/ pidato semasa.
  •  Pengajaran dan pembelajaran.
  • Perhimpunan.
  • Aktiviti kokurikulum.


Kumpulan Sasaran
 Warga sekolah.

Guru-guru praktikum bekerjasama menyampaikan Mesej 5 Minit Anti Dadah

Pn Maimunah sedang menyampaikan Mesej 5 Minit Anti Dadah

Murid-murid mendengar dengan tekun mesej yang diberikan





Aktiviti Sempena Minggu Anti Dadah 2014

Minggu Anti Dadah 2014 SK Batu Belah telah diadakan selama seminggu bermula 23 Jun 2014 sehingga 27 Jun 2014. Banyak aktiviti yang dijalankan bagi memupuk kesedaran murid tentang pentingnya pengetahuan mengenai bahaya dadah.

Aktiviti yang dijalankan secara serentak mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah :

23 Jun 2014
  • Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah
  • Ikrar Anti Dadah
  • Mesej 5 Minit Anti Dadah
24 Jun 2014
  • Mesej 5 Minit Anti Dadah
  • Pertandingan Menulis Sajak Anti Dadah - Tahun 6
  • Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah - Tahun 5
25 Jun 2014
  • Mesej 5 Minit Anti Dadah
  • Pertandingan Membuat Penanda Buku - Tahun 4
  • Pertandingan Tulisan Tercantik - Tahun 1
26 Jun 2014
  • Mesej 5 Minit Anti Dadah
  • Pertandingan Mewarna Anti Dadah - Tahun 2
  • Pertandingan Mewarna Anti Dadah - Tahun 3
27 Jun 2014
  • Mesej 5 Minit Anti Dadah
  • Pertandingan Mewarna Anti Dadah - Prasekolah



Minggu Anti Dadah 2014

Pelancaran Minggu Anti Dadah 2014 

Hari : Isnin
Tarikh : 23 Jun 2014
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dataran Kasih, SK Batu Belah