Heroin
Definasi
Berasal daripada perkataan Jerman
iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun
1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari
Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.
Jenis/Bentuk
Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin
No.4 , Brown Heroin , Heroin Black Tar
Nama lain
Big H , Dope , Smack , TNT
Cara Penggunaan
Menguntik , Menghidu
Ciri-ciri penagih
Mata dan hidung berair , mengantuk ,
mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul
Morfin
Definasi
Sejenis alkoloid yang diperolehi
dari candu mentah.
Morfin mentah : didapati dalam
bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda ‘999′ . Mengandungi
70% - 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih
dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin : diperoleh secara
langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60% - 70% . Berbau seperti
candu dan berupa seperti serbuk kopi .
Pil Morfin : Mengandungi Morfin
Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat.
Jenis/Bentuk
Morfin Mentah , Bes Morfin , Pil
Morfin
Nama lain
M.Tab , White Sulfat , Monkey ,
Dreamer , Morphan
Cara Penggunaan
Menyuntik , menelan
Ciri-ciri penagih
Hilang selera makan , tindak balas
lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak jelas , sembelit ,
halusinasi , mengantuk , cemas
Candu
Definasi
Dihasilkan daripada buah popi muda .
Candu mentah : getah berwarna putih
yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi
pekat dan berwarna coklat bila terdedah .
Candu masak : candu yang dicampurkan
dengan air dan dipanaskan sehingga pekat . Berwarna coklat hitam .Tahi candu : sisa bakaran atauarang
candu masak yang telah dihisap .
Jenis /Bentuk
Candu mentah , candu masak , tahi
candu
Nama lain
Shollboy , Black Stuff , Opium ,
Mandat , Pen Yeh , “O” , Tar
Cara penggunaan
Menyuntik , menelan
Ciri-ciri penagih
Pernafasan perlahan , rasa pening
dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit , hilang selera makan ,
sunggul
Ganja
Definasi
Diperoleh dari bunga dan daun
pokok India Hemp . Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan
kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama
yang mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam
sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari
tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu
atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan .
Jenis/Bentuk
Seperti daun kering dan dimampat
Nama lain
Grass , pot , Marijuana , weed
Cara penggunaan
menghisap
Ciri-ciri penagih
Sering mengantuk/mata merah ,
kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan resah ,
cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan
, yuforia dan sunggul
Syabu
Definasi
Sejenis dadah yang berada dalam
kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan , syabu didapati tidak mempunyai
apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih
kristal , diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya
mempunyai rasa yang pahit .
Jenis/Bentuk
Kaca/kristal , pecah , serbuk halus
spt tawas
Nama lain
Ice
Cara penggunaan
Menggunakan peralatan yang hampir
sama dengan penghisap candu
Ciri-ciri penagih
Yakin pada diri sendiri , bertenaga
& cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur , tingkah laku agresif ,
tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah ,
hilang selera makan
Ecstacy/MDMA
Definasi
Juga dikenali sebagai MDMA iaitu
3-4-methylenedioxymethamphetamine . Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi
sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga
adalah dadah psychoactive .
Jenis/Bentuk
Pil dengan pelbagai warna dan simbol
Nama lain
Pil Khayal , Pil goyang kepala ,
YAMA , YABA
Cara penggunaan
Menelan , campur dan minuman
Ciri-ciri penagih
Ciri-ciri penagih
Gembira & terlalu cergas ,
berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang kuat & goyang
kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang selera makan , mudah marah &
resah , halusinasi , cemas dan takut, mulut kering , tidak boleh tidur
Ketamin
Definasi
Sejenis ubat bius untuk haiwan .
Kebelakangan ini , ketamin semakin lazim digunakan di temasya tari-menari atau
raves .
Jenis/Bentuk
Serbuk putih , kristal , cecair ,
pil
Nama lain
“K” , Special K , Vitamin K , Kit
Kat
Cara penggunaan
Dihisap melalui hidung , campur
dalam minuman
Ciri-ciri penagih
Berada di bawah kesedaran yang
rendah , mengubah , deria pendengaran , sentuhan , bau , rasa dan penglihatan
sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri , boleh bertindak ganas ,
hilang keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah
No comments:
Post a Comment