Thursday, September 3, 2015

Kenali DADAH

Ganja


Ectasy



Syabu



Heroin



Pil Kuda



Projek Khas Laman PPDa



Projek Khas yang dijalankan oleh Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SK Batu Belah ialah Laman Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa). Ia bagi menerapkan nilai murni dan daya fikiran yang positif bagi mencerminkan hidup yang ‘Sihat Tanpa Dadah’. Ia selaras dengan visi bagi mengekalkan Sekolah Bebas Dadah.

Konsep yang diketengahkan ialah hitam putih kehidupan yang sinonim dengan kehidupan yang positif dan negatif dimana ia akan memaparkan contoh-contoh bagi orang yang memilih jalan yang salah dan derita iaitu konsep hitam manakala konsep putih digambarkan sebagai kehidupan yang bahagia, baik, cemerlang dan berjaya. 

Di pengakhirannya, ia akan memaparkan 2 contoh yang berbeza sama ada meringkuk di dalam penjara sekiranya memilih jalan yang salah dengan memilih D.A.R.I.H atau mendapat pekerjaan yang baik selaras dengan gaya hidup yang sihat dan bebas tanpa dadah. Ada pelbagai pekerjaan yang baik cuba ditonjolkan supaya murid-murid dapat menanam azam bermula sekarang. Secara tidak langsung, murid-murid akan belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dan tekun untuk menjadi insan yang cemerlang dan berjaya sebagaimana contoh-contoh pekerjaan yang akan dipamerkan di pohon kerjaya.






Dadah... Kesannya Membinasakan








Kisah ini gambaran sebenar akibat daripada kesan penyalahgunaan dadah yang telah dilakonkan oleh Johan Asshari, Syed Ali, Munif Mohd Isa dan Kamal

SELAMAT MENONTON....JADIKAN IANYA PENGAJARAN DAN SAMPAIKAN KEPADA MEREKA YANG TERSAYANG......

Tuesday, September 1, 2015

Pertandingan Kuiz Anti Dadah

Tarikh : 28 Julai hingga 6 Ogos 2015
Tempat : Bilik Sumber PPDa
Sasaran : Tahun 4, 5 dan 6
Objektif :
  1. Murid dapat menjawab 6 daripada 7 bahagian soalan kuiz dengan betul.
  2. 150 orang murid Tahap 2 dapat menyertai kuiz yang dianjurkan.
  3. Murid dapat menyatkan 1 matlamat hidup tanpa dadah di masa hadapan.

Pertandingan Melukis Poster

Tarikh : 28 Julai 2015
Tempat : Kelas masing-masing
Sasaran : Tahun 5
Objektif :
  1. Murid dapat mencipta 1 slogan anti dadah yang bermakna.
  2. Murid dapat menyatakan sekurang-kurangnya 1 bahaya penggunaan dadah kepada diri sendiri (DARIH).
  3. Murid dapat menyatakan 1 matlamat hidup tanpa pengaruh dadah di masa hadapan.

Mesej Jauhi Dadah

Tarikh : 27 Julai hingga 31 Julai 2015
Tempat : Balai Persada
Sasaran : Semua warga SK Batu Belah
Objektif :
  1. Murid dapat menyatakan 4 daripada 5 perkara yang perlu dijauhi (DARIH) dengan tepat.
  2. Murid dapat menyatakan 1 matlamat hidup lebih bermakna tanpa dadah di masa hadapan.

Ceramah Anti Dadah

Tarikh : 27 Julai 2015
Tempat : Dewan Kejora
Sasaran : Tahun 4  dan 5
Objektif :
  1. Murid dapat menyatakan 2 kesan buruk dadah terhadapa diri sendiri dengan betul.
  2. Murid tahu tentang 4 dari 5 perkara yang perlu dijauhi (DARIH).
  3. Murid menyatakan 1 matlamat hidup tanpa dadah dengan betul.

Pertandingan Sajak

Tarikh : 24 Julai 2015 (Saringan) dan 31 Julai 2015 (Pertandingan Akhir)
Tempat : Dewan Kejora
Sasaran : Tahun 4 dan 5
Objektif :
  1. 20 orang murid Tahap 2 dapat mendeklamasikan sajak berkaitan dadah dengan betul.
  2. Murid dapat menyatakan 1 matlamat hidup bermakna tanpa pengaruh dadah.
  3. Murid dapat menyatakan 1 kesan negatif pengaruh dadah dalam kehidupan.

Pertandingan Tinta Bicara

Tarikh : 23 Julai hingga 31 Julai 2015
Tempat : Dewan Kejora
Sasaran : Murid Tahun 6
Objektif :
  1. Murid dapat mencipta slogan tentang dadah dengan betul.
  2. Murid tahu 4 daripada 5 perkara (DARIH) yang perlu dijauhi dengan tepat.
  3. Menyatakan 1 matlamat hidup bermakna tanpa pengaruh dadah/DARIH dengan tepat.


Pertandingan Membuat Penanda Buku

Tarikh : 23 Julai hingga 5 Ogos 2015
Tempat : Kelas masing-masing semasa mata pelajaran Sejarah
Sasaran : Murid Tahun 5
Objektif :
  1. Murid dapat menghasilkan penanda buku beserta 1 slogan yang menarik.
  2. Murid dapat menyebut 1 akibat penagihan dadah.
  3. Merancang 1 matlamat hidup tanpa dadah di masa hadapan.

Pertandingan Mewarna

Tarikh : 23 hingga 29 Julai 2015
Tempat : Kelas masing-masing semasa mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
Sasaran : Murid Prasekolah dan Tahun 1, 2 dan 3
Objektif :
  1. 25 orang murid Prasekolah dan semua murid Tahun 1 menyertai pertandingan mewarna.
  2. Murid dapat menyebut 1 bahaya dadah terhadap diri.
  3. Merancang 1 matlamat hidup tanpa dadah di masa hadapan.

Pertandingan Membuat Buku Skrap Anti Dadah

Tarikh : 1 hingga 31 Julai 2015
Tempat : Kelas masing-masing
Sasaran : Tahun 4 dan 5
Objektif :
  1. Murid dapat menghasilkan sebuah buku skrap Anti Dadah yang lengkap.
  2. Murid dapat menyatakan 4 dari 5 perkara yang membahayakan diri (DARIH).
  3. Murid dapat menyatakan 1 matlamat hidup tanpa pengaruh dadah di masa hadapan.

Kejohanan Padang dan Balapan


Hari : Sabtu
Tarikh : 24 Mei 2015
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Padang SK Batu Belah
Perasmian Oleh : En. Mohd Fadzeer B. Hj Surani, CEO Petronas Batu Belah



Sambutan Hari Guru



Hari : Isnin
Tarikh : 18 Mei 2015
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Kejora SK Batu Belah






Arak MEMBUNUH


Katakan TIDAK kepada D.A.R.I.H


Pelantikan Skuad PPDa SK Batu Belah



Hari : Isnin
Tarikh : 2 Mac 2015
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Balai Persada SK Batu Belah
Disampaikan : En Sukarman b Sudar PJK Guru Besar SK Batu Belah



Pelantikan Skuad PPDa SK Batu Belah

Tahniah kepada semua ahli Skuad PPDa SK Batu Belah 2015 yang dilantik. Semoga dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan jayanya.

Perasmian Bilik Sumber PPDa SK Batu Belah

Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SK Batu telah dilawati oleh Pegawai Polis Daerah Klang Utara pada 28 Februari 2015. Matlamat lawatan ini diadakan bagi menjalankan aktiviti Senamrobik Sihat bagi menunjukkan warga SK Batu Belah mengamalkan gaya Hidup Sihat Tanpa Dadah seterusnya perasmian Bilik Sumber PPDa SK Batu telah disempurnakan pada hari tersebut.



Perasmian Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa).
Oleh : Supt Zailan b Tasir, T/KPD Klang Utara.