Projek Khas yang dijalankan oleh Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SK Batu Belah ialah Laman Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa). Ia bagi menerapkan nilai murni dan daya fikiran yang positif bagi mencerminkan hidup yang ‘Sihat Tanpa Dadah’. Ia selaras dengan visi bagi mengekalkan Sekolah Bebas Dadah.
Konsep yang diketengahkan ialah hitam putih kehidupan yang sinonim dengan kehidupan yang positif dan negatif dimana ia akan memaparkan contoh-contoh bagi orang yang memilih jalan yang salah dan derita iaitu konsep hitam manakala konsep putih digambarkan sebagai kehidupan yang bahagia, baik, cemerlang dan berjaya.
Di pengakhirannya, ia akan memaparkan 2 contoh yang berbeza sama ada meringkuk di dalam penjara sekiranya memilih jalan yang salah dengan memilih D.A.R.I.H atau mendapat pekerjaan yang baik selaras dengan gaya hidup yang sihat dan bebas tanpa dadah. Ada pelbagai pekerjaan yang baik cuba ditonjolkan supaya murid-murid dapat menanam azam bermula sekarang. Secara tidak langsung, murid-murid akan belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dan tekun untuk menjadi insan yang cemerlang dan berjaya sebagaimana contoh-contoh pekerjaan yang akan dipamerkan di pohon kerjaya.
No comments:
Post a Comment